National Key Results Area

Monday, January 11, 2010

INFO SEKOLAH



SINOPSIS LENCANA SEKOLAH

Ø BULATAN
§ Bulatan menunjukkan perpaduan di kalangan pelajar
§ Di dalam bulatan, ada simbol pelajar sedang membaca buku yang membawa maksud bahawa setiap kejayaan mestilah dicapai dengan usaha yang gigih dan jitu.
Ø KLUANG
§ Sekolah ini terletak di bandar Kluang.
§ Melambangkan seekor haiwan yang boleh terbang tinggi untuk mencapai sesuatu matlamat positif.
Ø WARNAHijau
§ Nilai keagamaan
§ Ketaatan kepada agama.
Kuning
§ Taat setia kepada raja dan negara
Merah
§ Keberanian menempuh cabaran




  Logo SJM 2013
  1. Mengejar kecemerlangan tetapi secara humanistik dan bukan atas kesengsaraan pihak lain. Ini disimbolikkan oleh lengkung 'SJM' yang berharmonik.
  2. Burung merpati pada huruf 'S' mewakili keamanan yang sepatutnya menjadi satu hasrat semua manusia.
  3. Kecemerlangan/kejayaan yang dilambangkan oleh bintang boleh tetapi masih belum dicapai. Walau apapun, kedudukannya dan hala tuju untuk mencapainya sudah jelas.
  4. Lengkung-lengkung pada bahagian atas huruf-huruf S, J, M yang menghala ke bintang itu adalah seperti tangan-tangan semua pihak di SJM yang ingin mencapai bintang  (reach for the star).
  5. Warna biru mewakili kesungguhan, ketulinan dan komitmen.
  6. Biru juga mewakili langit yang mengingatkan kita semua tidak menetapkan had atau sempadan yang terlampau sempit yang boleh menghalang progres dan mencontohi kata 'the sky is the limit'.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH

§ Semua pelajar yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek. Peluang akan diberi seluas-luasnya kepada setiap pelajar untuk mengembangkan daya keintelektualnya.
§ Bahawa semua pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas dan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu.
§ Bahawa sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada masyarakat, nusa dan bangsa.

VISI

SJM SEKOLAH IDAMAN MASYARAKAT KLUANG

MISI

SJM Mampu Membina Upaya Modal Insan Yang Berdaya Saing Global

MATLAMAT

SJM berusaha melahirkan modal insan yang boleh bersaing pada peringkat global melalui pendidikan holistik berasaskan konsep “PASTI”
(daya kePimpinan tinggi, Akhlak yang mulia, Sihat mental dan fizikal, berkeTerampilan dan berIlmu pengetahuan)

OBJEKTIF

SJM mampu : mencapai prestasi cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. memperkasa sumber yang sedia ada secara maksimum dan profesional. membentuk sekolah berwatak dan bermaklumat. mengaplikasi sistem pengurusan yang cekap dan profesional. membentuk perhubungan dan persefahaman yang mapan antara warga SJM dengan komuniti tempatan.

Rasional Visi dan Misi SMK.Jalan Mengkibol,Kluang.





VISI – SJM Sekolah Idaman Masyarakat Kluang
         Sebuah sekolah harian yang cemerlang dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum.

         Sebuah sekolah harian di daerah Kluang yang diyakini, diminati dan menjadi pilihan murid-murid dan ibu bapa.

         SJM menjadi sebahagian daripada ‘networking’ masyarakat Kluang melalui pemuafakatan yang erat.
MISI- SJM Mampu Membina Upaya Modal Insan Yang Berdaya Saing Global
         SJM mengamalkan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan yang menyediakan modal insan yang boleh menyesuaikan diri dan bersaing dalam zaman globalisasi.
         SJM menjadi arena di mana murid-murid diberi peluang untuk menghadapi situasi yang realistik supaya lebih bersedia untuk menghadapi situasi masyarakat yang sebenar.



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Mengkibol, Kluang, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berani akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan iklim sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran serta merangsang cinta dan minat pelajar terhadap sekolah.
2. Memastikan wujudnya budaya kecemerlangan diterapkan dalam kalangan warga sekolah
3. Memastikan kami dapat memupuk perpaduan, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta menggalakkan interaksi sosial yang sihat dan harmonis dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan keturunan.
4. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelajar, masyarakat, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian.
5. Memberikan layanan yang mesra dan adil kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap, tindakan segera dan berterusan.
6. Memastikan semua pelajar boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan.
7. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada ibubapa dan masyarakat demi mempertingkatkan prestasi disiplin, kurikulum dan kokurikulum sekolah ini.

BUDAYA SEKOLAH
Berdedikasi
Berdisiplin
Berketrampilan
Berkewibawaan
Bersopan Santun
Berwawasan
Ceria
Kebersihan Rohani dan Jasmani
Kekeluargaan
Kemesraan
Kerja Terancang
Kerja Berkumpulan
Ketepatan Masa
Pendemokrasian Pendidikan
Perpaduan dan Permuafakatan
Penyayang
Saling Menghormati



10 FOKUS UTAMA PENGURUSAN PENDIDIKAN
1. Pengetua dan Guru Besar yang berkesan.
2. Sekolah yang berkesan.
3. Guru yang profesional.
4. Kurikulum yang relevan.
5. Sistem penilaian dan peperiksaan.
6. Pembinaan dan infrastruktur sokongan pengajaran dan pembelajaran.
7. Pembinaan institusi perancangan dan penyelidikan.
8. Pembinaan sistem institusi pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan.
9. Pembangunan staf yang komprehensif.
10. Pembinaan hubungan luar dan masyarakat.

5 ELEMEN UTAMA MEMBANGUNKAN MODAL INSAN DALAM USAHA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SMK JALAN MENGKIBOL .

1.Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Boleh menerajui organisasi kecil atau besar. 2.Mempunyai kebolehpercayaan dan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab dan tugas.
Mempunyai akhlak yang mulia, berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Boleh hidup
dalam keadaan yang berharmoni dengan orang ramai dan alam sekitar.
3.Mempunyai mental dan fisikal yang sihat. Mempunyai daya tahan yang tinggi, boleh
menghadapi pelbagai cabaran dengan rasional, sabar dan tabah. Mempunyai badan yang sihat.
4.Boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Mempunyai
kebolehpasaran (marketability) dalam dunia tanpa sempadan. Mempunyai pelbagai
kemahiran sosial, kecerdasan 'interpersonal' dan 'intrapersonal'.
5.Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran, melalui sesi p&p formal, memperoleh
kemahiran dan strategi berfikir khasnya 'higher order thinking skills'. Mempunyai kemahiran
untuk belajar sepanjang hayat (life-long learning).